Basic Mobile Video Production

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Basic Mobile Video Production adalah sebuah program latihan yang dianjurkan oleh pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA). Program ini bertujuan untuk melatih para “content creator” atau owner Facebook Page untuk menambah baik penerbitan video atau content mereka supaya menjadi lebih kemas dan professional. Turut hadir untuk menjayakan program ini adalah wakil dari page SukaSukaMY yang datang untuk memberikan taklimat.

Antara pengisian yang diajar adalah mengenai cara membuat duit melalui memuat naik video di YouTube dan Facebook, penceritaan sesebuah video, peralatan yang digunakan serta angle yang digunakan semasa menghasilkan sebuah video. Terdapat ramai peserta yang hadir terdiri daripada Pengurus Pusat Internet, Content Creator dan Freelance videographer. Program diadakan di SMA Tegas Digital Innovation Hub Bintulu dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali